Showing posts with label Activity. Show all posts
Showing posts with label Activity. Show all posts

Tuesday, December 13, 2016

Jalan-jalan KL Dec 2016 (Day 2)

Malam tadi dah penat berjalan, hari ni nak sambung semula. Kami keluar jam 8 pagi dan pergi breakfast dulu di satu kedai makan Kelantan di Batu Caves. Ramainya orang sampai kami kena tunggu nak dapat meja kosong. Banyak juga la masakan Kelantan kat situ macam nasi dagang, nasi kerabu dan laksam. Saya, macam biasa makan roti canai je.

Lepas tu kami pergi ke KL Tower. Bukan nak naik tower tu tapi nak pergi rumah terbalik yang ada kat situ. Dari luar tempat tu nampak cantik dengan ada kereta terbalik lagi. Bila masuk dalam, alamak! Rupanya kecil je dalam tu dengan ada 5 bahagian je. Tahun lepas, kami dah pergi rumah terbalik kat Penang yang sebenarnya rumah kedai je tapi ada banyak ruang untuk bergambar. Siap ada orang tolong ambilkan gambar lagi kat setiap ruang. Masa tu pun kami tak sempat naik ke tingkat atas sebab ramai orang. Tapi, kalau nak bandingkan dengan yg kat KL ni, kami lagi puas hati yang kat Penang. Bayaran masuk pun lagi murah.

Lepas jalan-jalan sekitar KL Tower tu, kami pergi ke Central Market pula untuk lunch. Ramainya orang asing kat sana! Dengan yang menjual kat kedai pun orang asing! Dah la malam semalam masa makan kat putrajaya pun warga asing yang jaga kedai. Lepas makan, jalan-jalan tengok kedai kat CM tu lepas tu kami bergerak nak pergi ke KL Bird Park pula.

Sampai je kat area Tasik Perdana tu, hujan turun dengan lebatnya. Kami singgah dulu solat kat Masjid Polis Bukit Aman. Unik la kipas kat masjid ni.

Lepas solat hujan masih lebat. Abah cakap macamana nak tengok burung kalau hujan je. Akhirnya, kami pergi ke Muzium Diraja la, tempat yang dalam bangunan. Sampai di Muzium tu hujan dah berhenti. Muzium ni rupanya istana lama yang Agong duduk dulu. Best la istana dengan bilik yang cantik-cantik.

Lepas tu kami ngeteh mee tarik kat area Ong Tai Kim, hujan pun dah berhenti. Nak pergi ke Bird Park tak berbaloi dah sebab dah petang. Kami pun pergi la ke Tasik Titiwangsa main kat playground yang besar kat sana. Best lah tempat tu.

Dah 6.30 petang tu kami pun gerak balik ke hotel. Ingat nak keluar pergi uptown pula malam nanti. Nak dijadikan cerita, dengan jalan jammed, dekat jam 8 baru sampai hotel. Oleh kerana masing-masing dah penat, kami mandi-mandi, solat pastu makan kat kedai yang dekat ngan hotel tu je.

Lepas tu, tidur la keletihan. Esok nak jalan lagi...yeay! Sambung kat blog Iffah Nadhrah pula.

Read More »

Thursday, November 5, 2015

Masuk Pertandingan Bakat Muda

Hari ini sekolah saya mengadakan program sambutan Hari Kanak-kanak. Salah satu acaranya ialah Pertandingan Bakat Muda. Murid-murid boleh masuk pertandingan ni. Cikgu cakap kalau nak menyanyi ke, nak bernasyid ke, nak buat pertunjukan fesyen ke pun boleh. Tak kisah la nak buat persembahan apa.

Mula-mula masa cikgu beritahu dalam perhimpunan, saya takde terfikir pun nak masuk. Lepas tu masa kat rumah, bila abah tanya "Asyraf nak masuk tak?",,baru la saya rasa nak masuk. Hari tu masa Sambutan Kemerdekaan, saya dah masuk pertandingan pakaian beragam.

Abah tanya saya nak buat persembahan apa. Dulu masa pra sekolah, cikgu Milah ada rakam saya tiru dialog cerita Upin Ipin yang tajuknya kenangan mengusik jiwa. Ummi suruh saya buat persembahan macam tu je. Saya pun tgk balik rakaman tu dalam handphone ummi dan cuba hafal balik dialognya. Banyak yang dah lupa. Heheh..

Tadi, masa nak mula pertandingan tu baru abah bagitahu cikgu yang saya nak masuk jugak. Rupa-rupanya saya sorang je murid Tahap 1. Perserta yang lain, murid Darjah 4,5 dan 6.

Giliran saya yang akhir sebab baru daftar. Masa peserta lain buat persembahan, murid-murid yang menonton dah bersorak-sorak dah. Alamak! takut ke saya?

Tengah tunggu giliran sambil tengok reaksi penonton. Cuak jugak eh.

Akhirnya, giliran saya pulak. Jom tengok.


Menang ke tak menang ni? Tadi sebab masa dah tak sempat, cikgu tak umumkan lagi keputusan. Tapi, abah ngan ummi cakap, menang ke tak menang tu tak penting. Yang penting, saya berani naik atas pentas buat persembahan. 

Read More »

Thursday, September 17, 2015

Masuk Pertandingan Pakaian Beragam

Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, sekolah saya menganjurkan Pertandingan Pakaian Beragam untuk murid-murid. Temanya ialah pekerjaan. Mula-mula Cikgu Mastiah pilih Taqib tapi dia tak nak masuk. Dia malu nak naik atas pentas. Akhirnya, cikgu pilih saya untuk wakil kelas saya. Cikgu suruh saya bergaya macam imam muda.

Ni masa tunggu giliran nak naik pentas.Saya kena giliran pertama.

Jom tengok video




Ni gambar ramai-ramai lepas pertandingan.

Read More »

Tuesday, October 8, 2013

Kejohanan Balapan dan Padang SKSMJ

Saya sekarang dah makin membesar (5 tahun) dan belajar banyak perkara. Saya pun dah bersekolah, di pra sekolah SK Seri Maju Jaya. Dua hari lepas, ada acara sukan di sekolah saya. Saya masuk acara 50m dan 80m untuk budak-budak pra sekolah.

Masa yang lari 50m tu saya dapat nombor 4. Tak dapat pingat lah...tapi masa lari 80m, saya dapat nombor TIGA!!! Yeayy...maknanya saya berjaya dapatkan pingat yang pertama dalam hidup saya. Kira dah boleh la bangga ngan kakak Husna yang dah banyak koleksi pingat dan piala dia.



Video kat atas ni masa perbarisan...smart dan comel tak saya?





Video ni acara 80m...kira ok lah saya lari kan?hehe...

Merasa jugak naik podium....
Read More »

Sunday, February 17, 2013

Jom Jalan-jalan (KL- Feb 2013)

Assalamualaikum,

Hi! I'm back..penat ni baru balik jalan-jalan kat KL. 3 hari berjalan kat sana..hari pertama Iffah dah citer dalam blog dia. Asyraf nak citer hari kedua kami pergi mana pulak...

Pagi tu pas breakfast kat satu kedai yang ada jual nasi kerabu (favourite kak Husna tu..dia kan lahir kat Terengganu..) kami terus pergi ke Pusat Sains Negara kat Bukit Kiara. Sampai kat sana jam 9.15 pagi. Kiranya kami pelawat terawal la hari tu..hehe..semangat ni..

Bila dah sampai awal tu apa lagi...bergambar dulu lah...

 Dah 3 kali ambil gambar kat sini...

 Tangga nak masuk Pusat Sains

 Good eh!

 Gaya masing-masing..

Pas beli tiket, kami pun masuk dalam. Skang ni ada 2 pilihan kat Pusat Sains ni, nak masuk pameran Star Trek ataupun Sports and Spinach. Memandangkan Asyraf ni penakut sket tempat2 gelap, kami akan masuk pameran Sports and Spinach. Dua2 pameran ni sampai bulan Ogos nanti.

 Iffah mencuba wlp tak sampai..

 Besarnya ikan tuuu...

 Banner pameran Star Trek

 Cermin ni ajaib..kita jadi lebih pendek tau...

 Bayang-banyang 3 warna kak Husna

 Cuba bawak keretapi ni...seronook! suka Iffah...

 Ni kat bilik untuk kanak-kanak

 Posing lagi...ngan ummi plak

Gambar2 kat atas tu kat ruang pameran utama Pusat Sains..pastu kami g naik atas plak masuk bilik pameran Sports and Spinach. Ada banyak jugak games kat situ..sumenya ada kaitan ngan kesihatan dan kecergasan..siap ada trek untuk lari pecut lagi..

 Iffah nak main hula hoop

 Yang ni sapa kayuh paling laju dapat pilih channel tv...

 Abah berangan main gitar..hehe

 Haa...yang ni paling lama kami main..bagi makan kat robot..kalau dia dah kenyang
dia akan bagitau "Saya dah kenyang"..hehe

Sebenarnya banyak lagi games dalam tu..abah je tak banyak ambik gambar. Dia tengah syok buat rekod sapa paling pantas pijak katak...ummi pulak terpaksa dukung Iffah yang tidur..

Kami kat Pusat Sains lama jugak..siap lunch kat situ. Dalam kul 2.30 baru kami gerak. Plannya nak pergi ke Berjaya Times Square naik monorail. Pastu parking kereta kat KL Sentral,naik LRT ke stesen Dang Wangi. Hujan pulak turun lebat sangat. Sampai Dang Wangi kena tukar ke stesen monorail Bukit Nanas. Jauh jugak nak kena jalan..hujan pun lebat..sure basah nyer.

So, kami pun beli tiket LRT balik ke KL Sentral...naik kereta pastu balik hotel. Masing-masing pun kepenatan. Malam tu pas maghrib kami kuar makan ayam tandoori sedap kat Restoran Hj Tapah. 

Pas makan, kami pergi ke Uptown kat Kota Damansara. Jalan-jalan cari mainan pulak lah..hehe..

 Posing dulu sebelum membeli..

 Saya beraksi lepas dapat mainan..

 Ngan kakak kesayangan..wlpun selalu gaduh ngan saya...

 Iffah terus histeria nampak belon ni...terpaksa la beli

Round punya round tengok2 dah 11.30 malam dah...kami pun balik hotel dan ZZzzzz....

Baca sambungan citer kami jalan-jalan kat blog kak Husna pulak tau...
Read More »

Sunday, June 3, 2012

Jalan-jalan Cuti Sekolah ke Utara Part 2

Salam semua,

Cuti sekolah ari tu saya pergi jalan2 kat utara..mula2 pergi Perak (Part 1), pastu Penang dan Perlis (Part 2) dan Kedah (Part 3). Yang kat Perak, adik Iffah saya citer dalam blog dia..akak Husna plak citer yang part 3.

Sambung citer Iffah, dari rumah ayah ngah, kami teruskan journey ke utara. Sampai kat Penang, kami melencong ke Penang Bridge. Seronok tengok air laut masa ni..ni lah kali pertama kami adik-beradik lalu atas jambatan ni.
  

Dah sampai kat pulau tu, kami round2 jek naik kereta. Ikut je peta dalam handphone abah sambil tengok2 sekeliling. Pastu kami g ke KOMTAR nak makan lunch. Sempat jugak la bergambar kat sana..hehe..


Lepas round2 kat KOMTAR, kamipun masuk balik dalam kereta nak teruskan perjalanan. Jauh lagi ni nak pergi sebab nak terus ke Perlis. Kalau pergi tadi lalu jambatan, nak balik ke seberang kami nak feri Pulau Pinang! yea! bestnyer!
  

Ni masa nak masuk ke dalam feri tu. Tak sangka la kereta boleh masuk dalam feri...



Dalam feri tu kami pun dok tengok air laut la..saya ngan kakak seronok sungguh..Iffah je yang biasa je..dia pun kecik lagi, belum nak rasa seronok kot..ye ke?

Dari Penang, kami sambung ke Perlis. Sampai kat Perlis dah petang..terus cari hotel nak tidur malam tu. Pergi kat Kangar, semua hotel dah penuh..hotel besar..hotel kecik..sume takde..lagipun tak banyak sangat la hotel kat sana, saya tengok bandar dia pun kecik je..last2 dapat la satu hotel kat Kuala Perlis, tu pun dah maghrib baru dapat..pelik sikit hotel ni..sebab bilik air dia kat luar. Apapun, kami adik-beradik tetap excited macam biasa..hehe..


Pas mandi2..solat, kami pergi makan dinner. Kat satu tempat makan yang ada banyak sangat kedai yang jual ikan bakar..apa tah nama tempat tu..tak ingat dah! yang paling kami ingat masa ni, tunggu sejam lebih baru dapat apa yang kami order...memang lama...tak mau lah pergi kat kedai ni lagi..

Esoknya, kami pergi ke satu tempat..jalan nak ke sana tu mak aii..naik turun bukit..bengkang-bengkok plak tu...


Haa..nilah tempat yang kami pergi...Wang Kelian...


Yang bestnya kat sini ada pasar yang sambung ke negara Thailand..maknanya kami jalan2 kat 2 negara la ari ni..hehe...
 

Banyak betul stall kat pasar ni..macam2 barang ada..yang paling menarik mestilah mainan..hehe...


Akhirnya, pas sume dapat apa yang nak dibeli..saya dapat Ultraman besar :-) kami pun sambung pulak jalan pergi ke Gua Kelam. Sayangnya..masa kami sampai ada pula notis tulis yang sekarang tak boleh masuk dalam gua sebab tengah repair apa tah..jadinya, boleh amik gambar kat luar gua je la...


Masa ni baru tengok Iffah seronok...


 Abis dah citer saya... nak sambung baca Part 3, baca kat blog kak Husna ye..
Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers