Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Saturday, January 28, 2017

Pergi tonton bola di Stadium Larkin

Hari ni buat pertama kalinya saya pergi ke Stadium Larkin untuk tonton perlawanan bola sepak antara JDT vs Felda United. Sebenarnya dah lama mengidam nak pergi ke stadium tapi sebelum ni macam susah sebab stadium jauh di JB, nak pergi beli tiket lagi dan dengan orang ramai yang beratur..hmm..kali ni mudah sikit sebab dah boleh beli tiket secara online. Jadi, 3 hari sebelum game abah dah siap beli 2 tiket online. Petang tadi kami bertolak dari rumah jam 5.30 petang dan sampai di stadium dekat jam 7 malam. Sampai2 kebetulan bas yang bawa pemain JDT pun sampai. Sempat la tengok beberapa pemain turun dari bas. Tu pun tengok dari jauh je. Dengan nak tebus tiket lagi di kaunter, last2 dah azan maghrib baru dapat tiket. Sebelum masuk stadium, saya ngan abah beli makanan sikit then baru kami masuk stadium dan terus ke surau untuk solat maghrib.
Lepas solat, kami stay dalam surau tunggu waktu isyak terus. Saya perhatikan suraunya macam tak ramai orang yang datang bersolat berbanding ramainya orang masa nak masuk stadium tadi. Agaknya diaorang dah solat siap2 kot di rumah. Masa rakaat keempat solat isyak dah terdengar bunyi gendang dari atas surau. Kuat pulak tu..imam baca doa pun saya tak dengar sangat. Elok juga kalau pengurusan stadium sediakan p.a. system dalam surau tu.
Then, kami naik atas tempat duduk penonton. Fulamak ramainya manusia! Saya dan abah dah tak dapat tempat duduk. Kami terpaksa lah berdiri je tengok bola.
Suasana dalam stadium memang gamat dengan sorakan penonton dan nyanyian kumpulan boys of straits yang berlagu sepanjang game. Agaknya diaorang nak naikkan semangat pemain. Memang pengalaman baharu la bagi saya malam ni. Berdebar juga bila Felda dapat score dulu. At last masa second half baru la JDT dapat lead 3-1.
Abah ajak saya keluar awal 15 minit sebelum game habis. Katanya takut nanti bersesak2 pula dengan orang ramai. Apapun saya puas hati dengan pengalaman malam ni. Saya cakap ngan abah lain kali saya nak pergi lagi tapi abah cakap lepas ni turn kakak husna ngan iffah pula la yang pergi.

Read More »

Tuesday, December 13, 2016

Jalan-jalan KL Dec 2016 (Day 2)

Malam tadi dah penat berjalan, hari ni nak sambung semula. Kami keluar jam 8 pagi dan pergi breakfast dulu di satu kedai makan Kelantan di Batu Caves. Ramainya orang sampai kami kena tunggu nak dapat meja kosong. Banyak juga la masakan Kelantan kat situ macam nasi dagang, nasi kerabu dan laksam. Saya, macam biasa makan roti canai je.

Lepas tu kami pergi ke KL Tower. Bukan nak naik tower tu tapi nak pergi rumah terbalik yang ada kat situ. Dari luar tempat tu nampak cantik dengan ada kereta terbalik lagi. Bila masuk dalam, alamak! Rupanya kecil je dalam tu dengan ada 5 bahagian je. Tahun lepas, kami dah pergi rumah terbalik kat Penang yang sebenarnya rumah kedai je tapi ada banyak ruang untuk bergambar. Siap ada orang tolong ambilkan gambar lagi kat setiap ruang. Masa tu pun kami tak sempat naik ke tingkat atas sebab ramai orang. Tapi, kalau nak bandingkan dengan yg kat KL ni, kami lagi puas hati yang kat Penang. Bayaran masuk pun lagi murah.

Lepas jalan-jalan sekitar KL Tower tu, kami pergi ke Central Market pula untuk lunch. Ramainya orang asing kat sana! Dengan yang menjual kat kedai pun orang asing! Dah la malam semalam masa makan kat putrajaya pun warga asing yang jaga kedai. Lepas makan, jalan-jalan tengok kedai kat CM tu lepas tu kami bergerak nak pergi ke KL Bird Park pula.

Sampai je kat area Tasik Perdana tu, hujan turun dengan lebatnya. Kami singgah dulu solat kat Masjid Polis Bukit Aman. Unik la kipas kat masjid ni.

Lepas solat hujan masih lebat. Abah cakap macamana nak tengok burung kalau hujan je. Akhirnya, kami pergi ke Muzium Diraja la, tempat yang dalam bangunan. Sampai di Muzium tu hujan dah berhenti. Muzium ni rupanya istana lama yang Agong duduk dulu. Best la istana dengan bilik yang cantik-cantik.

Lepas tu kami ngeteh mee tarik kat area Ong Tai Kim, hujan pun dah berhenti. Nak pergi ke Bird Park tak berbaloi dah sebab dah petang. Kami pun pergi la ke Tasik Titiwangsa main kat playground yang besar kat sana. Best lah tempat tu.

Dah 6.30 petang tu kami pun gerak balik ke hotel. Ingat nak keluar pergi uptown pula malam nanti. Nak dijadikan cerita, dengan jalan jammed, dekat jam 8 baru sampai hotel. Oleh kerana masing-masing dah penat, kami mandi-mandi, solat pastu makan kat kedai yang dekat ngan hotel tu je.

Lepas tu, tidur la keletihan. Esok nak jalan lagi...yeay! Sambung kat blog Iffah Nadhrah pula.

Read More »

Saturday, November 14, 2015

Family Day | Pakaian Beragam

Masa family day sekolah abah, malam tu ada pertandingan pakaian beragam. Sepatutnya, saya ngan Iffah  masuk pertandingan tu tapi malam tu Iffah buat hal tak nak masuk. Agaknya dia dah ngantuk petangnya penat mandi dalam kolam renang. Masa petang lepas mandi tu, abah dah suruh kitaorang tidur dulu tapi biasalah bila excited duduk dalam bilik Tanjung Leman Felda Residence tu, mananya nak tidur.

Peserta yang bertanding. Iffah sempat daftar nama ngan ambil gambar ni je. Lepas tu, bila nama dia kena panggil untuk buat gaya depan orang, dia tak nak pergi dah.


Nak tengok gaya saya?


Akhirnya, bila keputusan diumumkan, saya jadi johan rupanya!
Dapat Hello Kitty lagi...hehe


Read More »

Wednesday, September 23, 2015

Jom Jalan Kelantan Sept 2015

Nak cerita pengalaman jalan2 di Kelantan macam yang Kak Husna beritahu dalal blog dia. Kami sefamili bertolak dari rumah Tok Ki lepas breakfast. Tok ki dan nenek pun ikut sekali pergi Kelantan ni.

Jalan nak pergi Kelantan ni banyak kereta la. Mungkin sebab nak raya haji kot. Abah drive kereta pun tak laju sangat, tak boleh nak potong pun. Kami plan nak terus ke Rantau Panjang. Sampai di Pasir Mas, kami berhenti di stesen Petron sebab jalan jammed. Kebetulan ada wakaf berehat, kami pun makan bekal mee yang nenek goreng utk breakfast tadi.

Kami sampai di Rantau Panjang betul2 waktu tengah hari. Cuaca pun panas sangat. Kasihan kat Afif panas2..kitaorg pun xjalan kat semua kedai sebab kasihan kat Afif. Saya dapat la beli jubah, kakak dapat baju, iffah dapat spek hitam tok ki belikan. Afif dapat mainan basikal 3 roda.

Lepas jalan2 tu kami naik kereta nak cari kedai makan yang sejuk sikit. Pusing2 tak jumpa kedai yang ada jual lauk tengah hari..ada satu kedai tu kami siap dah turun dari kereta nak masuk kedai tapi xde lauk. Last2 kena cari kedai lain.

Akhirnya jumpa kedai di sebelah Masjid Beijing. Tu pun ada masakan panas je..lauk tengah hari xde.

Lepas makan kami solat jamak di Masjod Beijing. Cantik masjid ni macam di negara China. Saya dapat beli kopiah kat sini. Kakak dan Iffah xbeli apa2.

Dah solat tu, kami gerak ke homestay yg abah dah booked di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Sambungannya baca di blog Iffah pulak ya.

Read More »

Tuesday, February 4, 2014

Bercuti di Mersing 2014

Panjang betul cuti Tahun Baru Cina kali ni. Campurkan semua sekali, 6 hari cuti. Abah cakap, 2 hari kami bercuti kat kampung abah, 2 hari kat rumah dan 2 hari lagi kat Mersing. Yeay! Boleh pergi jalan-jalan kat pantai.

So, hari kelima cuti kami pun bertolak dari rumah ke Mersing. Bajet nak tidur semalam je kat sana.


Sebelum bertolak..hisap jari maknanya dah lapar la tu..hehe

 Kami bertolak jam 10.30 pagi..dalam jam 12 tengahari dah sampai Mersing. Sebenarnya, kami tiga beradik tidur je dalam kereta. Sedar2 dah sampai. Tempat pertama dituju, cari makan dulu kat Mersing Kanan. Ada banyak kedai makan kat tepi laut ni tapi hari ni banyak pulak yang tutup. Ni kat kedai Lalang Corner.

 Lepas makan, kami pergi ke Masjid Jamek Mersing yang tersergam kat atas bukit. Solat Zuhur dulu sebelum check in kat hotel sambil menikmati pemandangan dari aas bukit.


 Yeay! dah sampai kat Hotel Seri Malaysia. Tunggu abah settlekan kat kaunter.

 Masuk bilik...landing atas katil...

 Bosan melanding..kul 3 dah turun ke swimmimg pool..ni la yang ditunggu2 sebenarnya...seronok la dapat berendam dalam kolam ni...

 Lepas Asar, kami pergi main pasir kat pantai pulak..nak pergi pantai yang kat belakang hotel macam tak best, jadi kami pergi ke Pantai Air Papan. Lebih kurang 11 km dari bandar Mersing. Bila dah kat pantai, aktiviti utama buat sandcastle, sambil main pasir. 




Main kat pantai sampai kul 6.30 petang. Lepas tu pergi makan malam dan balik ke hotel. Malam tu duduk dalam bilik je..lagipun dah penat main air ni..esok pagi nak main air lagi...

Esoknya, lepas sarapan kat cafe hotel, kami pun terjun balik ke dalam kolam. Dari jam 8.30 sampai la jam 11 pagi dok dalam kolam tu. Best sangat2...lain kali harap2 boleh datang lagi kat sini...



Read More »

Sunday, February 17, 2013

Jom Jalan-jalan (KL- Feb 2013)

Assalamualaikum,

Hi! I'm back..penat ni baru balik jalan-jalan kat KL. 3 hari berjalan kat sana..hari pertama Iffah dah citer dalam blog dia. Asyraf nak citer hari kedua kami pergi mana pulak...

Pagi tu pas breakfast kat satu kedai yang ada jual nasi kerabu (favourite kak Husna tu..dia kan lahir kat Terengganu..) kami terus pergi ke Pusat Sains Negara kat Bukit Kiara. Sampai kat sana jam 9.15 pagi. Kiranya kami pelawat terawal la hari tu..hehe..semangat ni..

Bila dah sampai awal tu apa lagi...bergambar dulu lah...

 Dah 3 kali ambil gambar kat sini...

 Tangga nak masuk Pusat Sains

 Good eh!

 Gaya masing-masing..

Pas beli tiket, kami pun masuk dalam. Skang ni ada 2 pilihan kat Pusat Sains ni, nak masuk pameran Star Trek ataupun Sports and Spinach. Memandangkan Asyraf ni penakut sket tempat2 gelap, kami akan masuk pameran Sports and Spinach. Dua2 pameran ni sampai bulan Ogos nanti.

 Iffah mencuba wlp tak sampai..

 Besarnya ikan tuuu...

 Banner pameran Star Trek

 Cermin ni ajaib..kita jadi lebih pendek tau...

 Bayang-banyang 3 warna kak Husna

 Cuba bawak keretapi ni...seronook! suka Iffah...

 Ni kat bilik untuk kanak-kanak

 Posing lagi...ngan ummi plak

Gambar2 kat atas tu kat ruang pameran utama Pusat Sains..pastu kami g naik atas plak masuk bilik pameran Sports and Spinach. Ada banyak jugak games kat situ..sumenya ada kaitan ngan kesihatan dan kecergasan..siap ada trek untuk lari pecut lagi..

 Iffah nak main hula hoop

 Yang ni sapa kayuh paling laju dapat pilih channel tv...

 Abah berangan main gitar..hehe

 Haa...yang ni paling lama kami main..bagi makan kat robot..kalau dia dah kenyang
dia akan bagitau "Saya dah kenyang"..hehe

Sebenarnya banyak lagi games dalam tu..abah je tak banyak ambik gambar. Dia tengah syok buat rekod sapa paling pantas pijak katak...ummi pulak terpaksa dukung Iffah yang tidur..

Kami kat Pusat Sains lama jugak..siap lunch kat situ. Dalam kul 2.30 baru kami gerak. Plannya nak pergi ke Berjaya Times Square naik monorail. Pastu parking kereta kat KL Sentral,naik LRT ke stesen Dang Wangi. Hujan pulak turun lebat sangat. Sampai Dang Wangi kena tukar ke stesen monorail Bukit Nanas. Jauh jugak nak kena jalan..hujan pun lebat..sure basah nyer.

So, kami pun beli tiket LRT balik ke KL Sentral...naik kereta pastu balik hotel. Masing-masing pun kepenatan. Malam tu pas maghrib kami kuar makan ayam tandoori sedap kat Restoran Hj Tapah. 

Pas makan, kami pergi ke Uptown kat Kota Damansara. Jalan-jalan cari mainan pulak lah..hehe..

 Posing dulu sebelum membeli..

 Saya beraksi lepas dapat mainan..

 Ngan kakak kesayangan..wlpun selalu gaduh ngan saya...

 Iffah terus histeria nampak belon ni...terpaksa la beli

Round punya round tengok2 dah 11.30 malam dah...kami pun balik hotel dan ZZzzzz....

Baca sambungan citer kami jalan-jalan kat blog kak Husna pulak tau...
Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers