Tuesday, February 21, 2017

Merentas Desa 2017

Hari ni ada pertandingan merentas desa di sekolah saya. Kali ni saya dah masuk kategori L10. Maknanya kena lumba dengan budak Tahun 4.

Kalau tahun lepas masa L8 lawan Tahun 1 dan 2,  saya boleh dapat nombor 2, kali ni alhamdulillah saya dapat nombor 3 selepas 2 orang budak Tahun 4.

Read More »

Saturday, January 28, 2017

Pergi tonton bola di Stadium Larkin

Hari ni buat pertama kalinya saya pergi ke Stadium Larkin untuk tonton perlawanan bola sepak antara JDT vs Felda United. Sebenarnya dah lama mengidam nak pergi ke stadium tapi sebelum ni macam susah sebab stadium jauh di JB, nak pergi beli tiket lagi dan dengan orang ramai yang beratur..hmm..kali ni mudah sikit sebab dah boleh beli tiket secara online. Jadi, 3 hari sebelum game abah dah siap beli 2 tiket online. Petang tadi kami bertolak dari rumah jam 5.30 petang dan sampai di stadium dekat jam 7 malam. Sampai2 kebetulan bas yang bawa pemain JDT pun sampai. Sempat la tengok beberapa pemain turun dari bas. Tu pun tengok dari jauh je. Dengan nak tebus tiket lagi di kaunter, last2 dah azan maghrib baru dapat tiket. Sebelum masuk stadium, saya ngan abah beli makanan sikit then baru kami masuk stadium dan terus ke surau untuk solat maghrib.
Lepas solat, kami stay dalam surau tunggu waktu isyak terus. Saya perhatikan suraunya macam tak ramai orang yang datang bersolat berbanding ramainya orang masa nak masuk stadium tadi. Agaknya diaorang dah solat siap2 kot di rumah. Masa rakaat keempat solat isyak dah terdengar bunyi gendang dari atas surau. Kuat pulak tu..imam baca doa pun saya tak dengar sangat. Elok juga kalau pengurusan stadium sediakan p.a. system dalam surau tu.
Then, kami naik atas tempat duduk penonton. Fulamak ramainya manusia! Saya dan abah dah tak dapat tempat duduk. Kami terpaksa lah berdiri je tengok bola.
Suasana dalam stadium memang gamat dengan sorakan penonton dan nyanyian kumpulan boys of straits yang berlagu sepanjang game. Agaknya diaorang nak naikkan semangat pemain. Memang pengalaman baharu la bagi saya malam ni. Berdebar juga bila Felda dapat score dulu. At last masa second half baru la JDT dapat lead 3-1.
Abah ajak saya keluar awal 15 minit sebelum game habis. Katanya takut nanti bersesak2 pula dengan orang ramai. Apapun saya puas hati dengan pengalaman malam ni. Saya cakap ngan abah lain kali saya nak pergi lagi tapi abah cakap lepas ni turn kakak husna ngan iffah pula la yang pergi.

Read More »

Tuesday, December 13, 2016

Jalan-jalan KL Dec 2016 (Day 2)

Malam tadi dah penat berjalan, hari ni nak sambung semula. Kami keluar jam 8 pagi dan pergi breakfast dulu di satu kedai makan Kelantan di Batu Caves. Ramainya orang sampai kami kena tunggu nak dapat meja kosong. Banyak juga la masakan Kelantan kat situ macam nasi dagang, nasi kerabu dan laksam. Saya, macam biasa makan roti canai je.

Lepas tu kami pergi ke KL Tower. Bukan nak naik tower tu tapi nak pergi rumah terbalik yang ada kat situ. Dari luar tempat tu nampak cantik dengan ada kereta terbalik lagi. Bila masuk dalam, alamak! Rupanya kecil je dalam tu dengan ada 5 bahagian je. Tahun lepas, kami dah pergi rumah terbalik kat Penang yang sebenarnya rumah kedai je tapi ada banyak ruang untuk bergambar. Siap ada orang tolong ambilkan gambar lagi kat setiap ruang. Masa tu pun kami tak sempat naik ke tingkat atas sebab ramai orang. Tapi, kalau nak bandingkan dengan yg kat KL ni, kami lagi puas hati yang kat Penang. Bayaran masuk pun lagi murah.

Lepas jalan-jalan sekitar KL Tower tu, kami pergi ke Central Market pula untuk lunch. Ramainya orang asing kat sana! Dengan yang menjual kat kedai pun orang asing! Dah la malam semalam masa makan kat putrajaya pun warga asing yang jaga kedai. Lepas makan, jalan-jalan tengok kedai kat CM tu lepas tu kami bergerak nak pergi ke KL Bird Park pula.

Sampai je kat area Tasik Perdana tu, hujan turun dengan lebatnya. Kami singgah dulu solat kat Masjid Polis Bukit Aman. Unik la kipas kat masjid ni.

Lepas solat hujan masih lebat. Abah cakap macamana nak tengok burung kalau hujan je. Akhirnya, kami pergi ke Muzium Diraja la, tempat yang dalam bangunan. Sampai di Muzium tu hujan dah berhenti. Muzium ni rupanya istana lama yang Agong duduk dulu. Best la istana dengan bilik yang cantik-cantik.

Lepas tu kami ngeteh mee tarik kat area Ong Tai Kim, hujan pun dah berhenti. Nak pergi ke Bird Park tak berbaloi dah sebab dah petang. Kami pun pergi la ke Tasik Titiwangsa main kat playground yang besar kat sana. Best lah tempat tu.

Dah 6.30 petang tu kami pun gerak balik ke hotel. Ingat nak keluar pergi uptown pula malam nanti. Nak dijadikan cerita, dengan jalan jammed, dekat jam 8 baru sampai hotel. Oleh kerana masing-masing dah penat, kami mandi-mandi, solat pastu makan kat kedai yang dekat ngan hotel tu je.

Lepas tu, tidur la keletihan. Esok nak jalan lagi...yeay! Sambung kat blog Iffah Nadhrah pula.

Read More »

Thursday, February 11, 2016

Ikut abah tengok Ping Pong MSSD

Hari ni 28 Jan 2016 saya ikut abah pergi ke Kejohanan Ping Pong MSSD Kluang di SJK C Paloh. Abah hantar anak murid abah yg dapat no. 3 masa MSSZ utk bertanding pulak peringkat daerah. Saya? Tengok2 cari pengalaman je..mana tahu masa2 depan boleh wakil sekolah..hehe

Read More »

Dagu kena gam

Hari ni 2 Feb 2016 saya ke sekolah macam biasa dengan abah dan kakak. Lepas hantar kitaorang, abah pergi hantar  pasukan bola tampar sekolah bertanding kejohanan MSSD di SK Simpang Renggam. Saya belajar macam biasa dan waktu rehat saya pergi ke kantin untuk makan.

Dah naik rehat tu, semua murid beratur di dalam dewan. Kemudian kami berjalan dalam barisan masuk ke kelas masing-masing. Masa melangkah masuk dalam kelas, kawan yang jalan belakang saya boleh pulak dia buat aksi tackle kaki orang macam org main bola tu. Yang ditacklenya kaki saya pulak tu. Saya pun jatuh tersembam ke lantai. Aduh sakitnya!

Bila saya raba kat dagu, rasa macam berdarah. Cikgu yg masuk kelas saya cepat2 suruh basuh dengan air. Saya basuh2 darahnya macam tak berhenti. Rupanya besar jugak lukanya.

Cikgu bertugas pun bawa saya ke klinik desa yg tak jauh dari sekolah. Nurse kat situ pun bersihkan luka saya dan tampal plaster. Dia suruh cikgu bawa saya ke klinik kesihatan utk jahit luka saya tu. Kemudian, cikgu pun bawa saya ke klinik kesihatan. Kat saya, doktor cakap luka saya tak perlu dijahit, cuma digam je. Doktor pun letak lah gam dan ckp jangan kenakan air kat luka tu 2 hari. Alamak..dua hari tu..

Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers