Showing posts with label 1 year old. Show all posts
Showing posts with label 1 year old. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Kasih seorang kakak



Video ni diambil pada 8 November 2009. Masa tu saya baru berumur 1 tahun 5 hari. Saya dah mula makan makanan pejal. Dalam video tu saya makan bubur nasi. Nama kakak saya Nabihah Husna. Kakak saya sayang kat saya. Saya pun sayang kakak. Bila dah besar nanti saya tak nak gaduh-gaduh ngan kakak. Saya nak jadi adik yang baik.
Read More »

Monday, August 23, 2010

Bakal Imam Muda


Video ni diambil semasa saya berumur 1 tahun 2 bulan.

Read More »

Thursday, April 29, 2010

Saya jatuh katil - tengkorak kepala retak

Ketika saya berumur 8 bulan, saya telah jatuh dari katil sehingga tengkorak kepala saya retak. Masa tu, saya berada di rumah atuk Aisyah..balik hujung minggu. Malam tu macam biasa saya tidur dalam buaian. Dalam pukul 3 pagi, saya menangis sebab lapar susu. Masa tu abah saya tertidur kat luar bilik depan tv tengok bola. Ummi pun bangun buatkan susu untuk saya. Kebetulan masa tu diaper saya pun dah penuh, ummi pun baringkan saya atas katil. Lepas ummi tukarkan diaper saya, nak dijadikan cerita ummi tertidur sebab letih sangat hari tu. Saya pulak tak boleh tidur. Saya pun merangkak la atas katil tu..Saya kan ligat...Tup..tup saya dah jatuh ke bawah katil. Abah yang tengah tidur kat luar terjaga bila dengar bunyi kuat saya jatuh. Saya pun menangis sebab saya rasa sakit sangat. Masa tu abah peluk saya kuat-kuat dan tenangkan saya. Tak lama saya pun berhenti menangis. Abah dan ummi pun rasa lega sebab saya dah berhenti menangis.

Esok paginya, kepala saya bengkak sebelah kanan. Bila dipegang rasa lembut macam ada air kat tempat bengkak tu. Bila abah tanya Pak Long saya yang kerja sebagai doktor, Pak Long cakap kalau masa jatuh tu saya tak muntah insya Allah tak ada apa-apa. Esoknya, abah ngan ummi bawak saya ke Klinik Kesihatan Simpang Renggam, kebetulan ada appointment untuk periodical check-up. Doktor yang check pun cakap saya takde apa-apa.

Tengok kepala saya bengkak sebelah. Besar tak bengkak tu?

Dua tiga hari lepas tu bengkak kat kepala saya ni macam makin besar..tak surut-surut. Abah ngan ummi pun bawak saya pergi ke Klinik Lee kat Simpang Renggam. Doktor Lee cakap kat abah saya macam tak apa-apa sebab saya aktif macam biasa cuma kepala je yang bengkak tapi dia suggest kat abah suruh saya wat CT scan kat hospital.

Esoknya abah pun bawa saya ke Hospital Sultanah Aminah kat Johor Bahru. Kami sampai pagi-pagi lama tunggu baru dapat giliran untuk wat CT scan. Bila dapat keputusan, doktor sahkan yang tengkorak kepala saya ada retak sikit. Doktor cakap retak tu akan baik sendiri. Alhamdulillah la tak serius sangat injury saya tu. Lepas seminggu, bengkak saya dah surut dan kepala saya dah tak besar sebelah lagi. Syukur pada Allah Taala.


Gambar ni lepas saya kena CT scan, saya tidur sebab doktor bagi ubat tidur. Kak Husna pun tertidur tunggu saya lama sangat kat hospital.
Read More »

Saturday, April 17, 2010

Saya kena masuk wad

3 hari lepas saya lahir saya tinggal kat rumah atuk Aisyah kat Parit Lubuk. Abah pun cuti seminggu, so abah ada la tiap2 hari tolong mandikan saya. Hari keempat nurse datang rumah atuk nak check saya. Lepas check dia suruh abah bawak saya pergi Klinik Kesihatan Batu Pahat pulak sebab dia kata tahap kuning saya masih tinggi.

Petang tu abah bawak la saya ngan ummi pergi Batu Pahat. Atuk Aisyah pun ikut jugak tolong pegang saya dalam kereta. Masa tu ramai jugak orang kat klinik tu. Lama jugak kena tunggu dekat 2 jam baru boleh jumpa doktor.

Doktor tu pun check la saya. Tanya2 kat abah..pastu dia cakap saya kena masuk wad. Mmm..tak best nyer!

Dalam wad ummi baringkan saya atas katil kecik tu pastu mata saya kena tutup. Dah la saya tngok orang oun kabur2 lagi..ni mata pulak kena tutup. Rupa2nya lepas mata saya ditutup tu, ada lampu warna biru yang dibukak. Jom tengok gambarnya..

Masa ni tengah tunggu turn kat KK Batu Pahat.


Tengok la gambar saya ni..sian kan?
Read More »

Saturday, April 10, 2010

Hari saya lahir ke dunia


Salam semua..

Saya mulakan entri pertama blog saya dengan cerita hari pertama saya melihat dunia Allah yang amat indah ini. Saya dilahirkan pada hari Isnin, 3 November 2008, seminggu lebih awal dari tarikh jangkaan doktor. Ummi saya cerita...malam sebelum tu ummi dah rasa macam nak bersalin sebab dah keluar tanda tapi ummi tak pergi hospital lagi sebab masa kakak sulung saya, dia lahir tepat2 tarikh yang doktor jangkakan mengikut mesin ultra sound.

Pada hari 3 hb tu ummi pun pergi sekolah macam biasa.. (Ummi saya ni ustazah kat sekolah). Petang lepas balik dari sekolah, abah saya bawa ummi pergi je Klinik Kesihatan Simpang Renggam macam biasa ikut appointment doktor. Pas doktor check ummi, doktor cakap ummi dah nak bersalin dah ni. Dia suruh cepat-cepat pergi hospital. Abah terus bawa ummi balik rumah sekejap, ambil barang2 yang perlu dan terus pecut pergi hospital Batu Pahat. Masa tu saya dalam perut ummi pun rasa lajunya abah bawak kereta! Abah cakap kena laju2 takut nanti terberanak dalam kereta. Abah tak boleh tengok darah banyak2..nanti dia pitam.

Sampai je kat hospital..atuk Aisyah ngan buyut dah tunggu. Masa tu jam 5.15 petang. Abah terus uruskan ummi masuk dalam wad bersalin. Tup tap..tup tap..saya pun selamat dilahirkan tepat jam 5.55 petang. Alhamdulillah! saya dan ummi selamat...terima kasih Allah..masa tu abah tak sempat nak tengok ummi lahirkan saya sebab abah ada kat bawah uruskan kemasukan ummi ke wad.



Malam pertama saya dalam wad..sejuknya wad tu! dalam bilik tu ada dua katil tapi satu katil lagi kosong. Malam tu abah temankan ummi dan saya tidur. Saya tidur lena sangat..pukul 2 pagi ada nurse datang tengok. Dia cakap ngan abah tak boleh tidur dalam wad. Abah pun terpaksa keluar. Abah cakap dia tidur dalam kereta. Pagi2 pukul 5, abah balik rumah atuk Aisyah nak tanam uri saya.

Esoknya..tengahari baru ummi dan saya boleh keluar wad..

Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers