Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Saturday, May 25, 2013

Kena HFMD...

Salam semua..

Hari Khamis lepas, tiba2 saya demam kat sekolah. Panas je badan saya. Cikgu Raha terus bagitau ummi yang saya demam. Ummi pun bawak saya balik ke rumah dan bagi saya makan ubat demam.

Malam tu abah bawak saya pergi klinik. Doktor cakap saya kena penyakit kaki tangan dan mulut..memang ada nampak bintik2 kecil kat tangan saya. Doktor bagi ubat demam, antibiotik ngan ubat gatal.

Hari ni dah hari Sabtu, demam saya dah kurang cuma bintik-bintik kat tangan ngan kaki masih banyak.



Jom baca tentang penyakit ni..

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.



HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:


  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). 
    • Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Komplikasi

Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga

Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
Read More »

Sunday, August 14, 2011

Tragedi 13 Ramadhan

Hari ni dah 14 Ramadhan. Semalam 13 Ramadhan, hari Sabtu. Macam biasa, kami sefamili balik ke rumah atuk Aisyah di Kg Lubuk (Jaguh Kampung ASTRO tu). Minggu ni ramai yang ada kat rumah atuk. Famili Mak Ngah dan Pak Uda pun ada balik. So, riuh rendah la rumah atuk ngan suara cucu-cucunya yang 9 orang tu.

Saya pun, walaupun satu-satunya cucu lelaki yang ada tak ketinggalan memeriahkan suasana rumah yang biasanya sunyi. Tak kisah la main ngan perempuan pun, kalau tak dengan sapa lagi saya nak main. Sepupu saya daripada 9 orang ada sorang je lelaki. Tu pun dok jauh kat Sabah.

Pas solat tarawikh, saya pun lum ngantuk lagi. Saya pun main lagi la lari2 dan main keta ngan s
kak Husna dan sepupu yg lain. Tetiba....BAMMM! keta mainan saya terlanggar tangan kak Husna dan saya tersembam ke lantai. Abis banyak darah keluar dari mulut saya. Abah cepat2 basuh mulut saya ngan air paip dan letak ais. Pastu abah bawak saya pergi Klinik Nur kat Batu Pahat.

 Ni gambar kat klinik.

Pas doktor check, alhamdulillah la doktor cakap tak serius sangat just bibir saya pecah. Mujur la gigi tak patah. Tapi malam tadi memang seksa betul lah pedihnya. Saya nak hisap botol susu pun tak boleh. Kesian saya.
Gambar injury yang saya alami.
Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers