Showing posts with label 6 years old. Show all posts
Showing posts with label 6 years old. Show all posts

Friday, November 21, 2014

Berlakon Jadi Harimau

Hari ini saya dan kawan-kawan membuat persembahan untuk Majlis Anugerah Cemerlang sekolah saya. Kiranya ini adalah persembahan terakhir saya sebagai murid pra di SK Seri Maju Jaya ni. Tahun depan, saya akan bersekolah Darjah 1 di SK Kg Dato' Ibrahim Majid.

Saya berlakon jadi harimau. Selain tu, kami juga menyanyi beramai-ramai. Jom la tonton video ya..



Read More »

Wednesday, November 19, 2014

Hati sayu buat kerja sekolah

Hari ni kena habiskan kerja sekolah. Saya pulak tengah moody. Bila abah suruh juga buat kerja sekolah, inilah jadinya. Kisahnya, tulisan saya besar. Ruang untuk tulis jawapan tu pulak kecil. Jadi, bila saya tulis jawapannya asyik tak muat je. Bila tak muat, saya padam. Lepas tu, tulis semula. Tak muat lagi, padam lagi, dan tulis semula. Tu yang jadi moody je.

Penyelesaiannya, abah buat satu garisan atas garisan sedia ada untuk pastikan tulisan saya tak besar dan muat kat ruangan tu. Akhirnya, selesai la juga kerja saya.

 
Read More »

Sunday, November 2, 2014

Konvokesyen Pra Sekolah Daerah Kluang

Hari ini, Sabtu 1 November 2014, saya pergi ke Majlis Konvokesyen Pra Sekolah peringkat daerah Kluang di Dewan Felda Ulu Dengar. Jauh juga perjalanan dari rumah. Pagi-pagi jam 7 saya dah bertolak dari rumah. Saya, abah, kak Husna dan Iffah je yang pergi. Ummi tak pergi sebab ada kursus kat sekolah. Sampai kat Felda Ulu Dengar tu dah dekat jam 8 pagi. Kami pergi cari kedai makan untuk sarapan dulu. Lepas tu, baru kami pergi ke dewan.

Masa sampai tu orang dah ramai dah. Cikgu saya pun dah ada kat sana. Kawan-kawan saya naik bas sebab mak ayah diaorang tak dapat datang.

 Sampai je kami tiga beradik bergambar dulu kat luar dewan.

 Masa ni dah duduk ngan kawan-kawan. Satu pra sekolah ada 5 orang wakil.

 Sekolah saya punya giliran lambat lagi. Sempat bergambar lagi.

 Gambar atas pentas. Takut pulak nak naik nanti.

 Antara yang datang. Ibu bapa ramai yang datang tapi takde tempat duduk. Semua kerusi hanya muat-muat untuk murid dan cikgu je. Abah, kak Husna dan Iffah pun duduk kat luar, kat tepi pagar.

 Masa ni gembira lagi.

 Masa ni sedih..Saya tak tahu yang abah, kak Husna dan Iffah dah penat duduk kat luar, so diaorang pergi duduk dalam kereta sekejap sebab Iffah nak minum susu. Saya cari-cari tengok kat luar takde. Saya sedih la...huhuhu...bila abah datang, tengok saya dah menangis..

 Adik saya yang comel dan keletah...Iffah Nadhrah

 OK..dah ready nak naik pentas ni..dah mula beratur tunggu giliran..

 Dah nak dekat dengan pentas...

 Nak naik tangga dah ni...

 Akhirnya, sebelum naik tu abah pesan dua benda. 1. ucap terima kasih 2. pandang abah kat bawah nak amik gambar. Saya ingat nk ucap terima kasih je..sudahnya gambar jadi macam ni la,,,

 Sebelum turun pentas...ada peluang nak bergambar lagi..

Bangga abah ngan ummi tengok Asyraf Wajdi dah besar. Semoga menjadi anak soleh penyejuk hati ibu bapa, guru dan semua orang. Aamiin. (From Abah dan Ummi)
Read More »

Sunday, June 8, 2014

Persembahan Hari Guru - Asyraf Wajdi

Tahun ni sempena Hari Guru, saya dan kawan-kawan pra sekolah buat persembahan untuk semua cikgu-cikgu. Kami nyanyi lagu Terima Kasih Cikgu, yang dinyanyikan oleh Najwa Latif. Jomlah tengok video ni.



Read More »

Tuesday, February 4, 2014

Bercuti di Mersing 2014

Panjang betul cuti Tahun Baru Cina kali ni. Campurkan semua sekali, 6 hari cuti. Abah cakap, 2 hari kami bercuti kat kampung abah, 2 hari kat rumah dan 2 hari lagi kat Mersing. Yeay! Boleh pergi jalan-jalan kat pantai.

So, hari kelima cuti kami pun bertolak dari rumah ke Mersing. Bajet nak tidur semalam je kat sana.


Sebelum bertolak..hisap jari maknanya dah lapar la tu..hehe

 Kami bertolak jam 10.30 pagi..dalam jam 12 tengahari dah sampai Mersing. Sebenarnya, kami tiga beradik tidur je dalam kereta. Sedar2 dah sampai. Tempat pertama dituju, cari makan dulu kat Mersing Kanan. Ada banyak kedai makan kat tepi laut ni tapi hari ni banyak pulak yang tutup. Ni kat kedai Lalang Corner.

 Lepas makan, kami pergi ke Masjid Jamek Mersing yang tersergam kat atas bukit. Solat Zuhur dulu sebelum check in kat hotel sambil menikmati pemandangan dari aas bukit.


 Yeay! dah sampai kat Hotel Seri Malaysia. Tunggu abah settlekan kat kaunter.

 Masuk bilik...landing atas katil...

 Bosan melanding..kul 3 dah turun ke swimmimg pool..ni la yang ditunggu2 sebenarnya...seronok la dapat berendam dalam kolam ni...

 Lepas Asar, kami pergi main pasir kat pantai pulak..nak pergi pantai yang kat belakang hotel macam tak best, jadi kami pergi ke Pantai Air Papan. Lebih kurang 11 km dari bandar Mersing. Bila dah kat pantai, aktiviti utama buat sandcastle, sambil main pasir. 




Main kat pantai sampai kul 6.30 petang. Lepas tu pergi makan malam dan balik ke hotel. Malam tu duduk dalam bilik je..lagipun dah penat main air ni..esok pagi nak main air lagi...

Esoknya, lepas sarapan kat cafe hotel, kami pun terjun balik ke dalam kolam. Dari jam 8.30 sampai la jam 11 pagi dok dalam kolam tu. Best sangat2...lain kali harap2 boleh datang lagi kat sini...



Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers