Showing posts with label 3 years old. Show all posts
Showing posts with label 3 years old. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Tragedi 13 Ramadhan

Hari ni dah 14 Ramadhan. Semalam 13 Ramadhan, hari Sabtu. Macam biasa, kami sefamili balik ke rumah atuk Aisyah di Kg Lubuk (Jaguh Kampung ASTRO tu). Minggu ni ramai yang ada kat rumah atuk. Famili Mak Ngah dan Pak Uda pun ada balik. So, riuh rendah la rumah atuk ngan suara cucu-cucunya yang 9 orang tu.

Saya pun, walaupun satu-satunya cucu lelaki yang ada tak ketinggalan memeriahkan suasana rumah yang biasanya sunyi. Tak kisah la main ngan perempuan pun, kalau tak dengan sapa lagi saya nak main. Sepupu saya daripada 9 orang ada sorang je lelaki. Tu pun dok jauh kat Sabah.

Pas solat tarawikh, saya pun lum ngantuk lagi. Saya pun main lagi la lari2 dan main keta ngan s
kak Husna dan sepupu yg lain. Tetiba....BAMMM! keta mainan saya terlanggar tangan kak Husna dan saya tersembam ke lantai. Abis banyak darah keluar dari mulut saya. Abah cepat2 basuh mulut saya ngan air paip dan letak ais. Pastu abah bawak saya pergi Klinik Nur kat Batu Pahat.

 Ni gambar kat klinik.

Pas doktor check, alhamdulillah la doktor cakap tak serius sangat just bibir saya pecah. Mujur la gigi tak patah. Tapi malam tadi memang seksa betul lah pedihnya. Saya nak hisap botol susu pun tak boleh. Kesian saya.
Gambar injury yang saya alami.
Read More »

Saturday, July 9, 2011

Kena Ops Bersih

Hari ni 9 Julai 2011.
Malam tadi saya kena Ops Bersih 2.0.
Ops apa tu?
Haa...cuba tgk gambar ni.


Habis rambut saya dibersihkan.
Ini kali kedua kepala saya dicukur bersih.
Kali pertama tahun 2009 dulu.
Masa tu saya baby lagi..kalau tak silap masa umur saya 6 bulan.
Mula-mula petang semalam abah dah mesin pendek rambut saya guna hair clipper.
Pastu masa abah mula cukur kepala saya, saya dah mula gatal-gatal.
Saya pun menangis taknak kena cukur.
Haa..malam tadi bila saya dah tidur abah pun sambung la ops bersih dia tu.
Akhirnya, abis kepala saya dah botak sekarang :)

Read More »

Friday, July 1, 2011

Main Bola

Kalau dalam post yang dulu saya main basikal, kali ni saya nak tunjuk video saya main bola.

Biasanya saya main ngan kakak Husna jugak, cuma kadang-kadang je saya main sorang.

Saya dah pandai la jugak nak sepak bola tu walaupun kadang-kadang tak kena.

Jom tengok saya.


Read More »

Tuesday, May 31, 2011

Main basikal dengan Kak Husna

Saya suka main basikal. Kadang-kadang bila waktu petang saya main basikal dengan kakak saya. Basikal saya warna merah.

Kakak nyer basikal warna biru.

Sebenarnya, basikal merah saya ni kakak nyer. Dulu abah belikan basikal merah ni untuk kakak masa saya lum lahir lagi.

Pastu bila saya dah besar ni, abah belikan basikal biru tu untuk saya.

Saya pulak minat sangat kat basikal merah kakak. Saya nak yang merah tu jugak.

So, kakak dapat basikal baru la. Saya amik basikal lama dia.

Saya tak kisah pun, yang penting saya dapat basikal merah.

Read More »

Tuesday, April 19, 2011

Main robot-robot

Saya ni suka sangat tengok citer Ultraman. Selalu saya tengok citer kat TV..kadang-kadang kat TV2, ada jugak kat Ceria. Bila tengok tu saya selalu la buat aksi-aksi tangan ultraman tu. Konon-konon saya ni ultraman la..hehe..

Nak tunjuk gambar ni..

Haa..gambar-gambar tu masa saya main ngan kakak Husna. Dia main puzzle mat dia tu nak buat rumah. Sambung2 jadi rumah. Saya pulak cucuk sana sini, lekat sana sini buat konon macam robot. Ha ha..seronok main petang tu...

Ni kakak Husna..

Read More »

Monday, April 4, 2011

Dodoikan adik Iffah


Macam yang semua dah tau, saya dah jadi abang sekarang ni. Saya sayang sangat kat adik saya. Saya selalu cium pipi dia. Cute sangat! Kadang-kadang saya tolong buaikan adik Iffah. Adik saya ni susah nak tidur. Dia nak orang dodoikan sambil buai. Saya selalu dengar abah ngan ummi dodoikan Iffah. Saya pun hafal la sikit-sikit lagu dodoi tu. Hari ni saya nak practise lagu dodoi yang saya dah hafal tu.

Dengar betul-betul ya.. :)

Read More »

Saturday, March 19, 2011

Syoknya makan sup tulang


Lama betul tak update blog ni. Banyak cerita2 menarik dah terlepas nak masukkan dalam blog. Sekarang kan saya dah ada adik. Iffah Nadhrah nama dia. Umur dia baru 2 bulan lebih. So, abah pun busy nak jaga adik saya sampai tak sempat nak update blog saya ni.

Nak cite ni. Hari ni hari Sabtu. Macam biasa bila cuti saya ikut abah pergi pasar tani kat depan SJCK Tuan Poon. Hari ni abah beli tulang dan daging. Ummi cakap nak masak sup tulang lunch nanti.

Tengahari tu, ummi pun masak lah sup tulang. Memang sedap ummi masak! Macam makan kat kedai Thai seafood Seri Maju yang famous kat Simpang Renggam ni. Bila dah siap masak, saya, abah ngan kak Husna makan dulu. Ummi dok buai adik Iffah yang meragam tak nak tidur. Abah pun makan cepat2 pastu tukar turn makan ngan ummi. Saya pulak belum abiskan makan sup tulang yang sedap tu. Saya pun ikut abah g buai Iffah sambil makan tulang.

Jom layan video saya tengah syok makan tulang ni..sampai nak tertidur..hehe..

Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers