Showing posts with label 5 years old. Show all posts
Showing posts with label 5 years old. Show all posts

Tuesday, October 8, 2013

Kejohanan Balapan dan Padang SKSMJ

Saya sekarang dah makin membesar (5 tahun) dan belajar banyak perkara. Saya pun dah bersekolah, di pra sekolah SK Seri Maju Jaya. Dua hari lepas, ada acara sukan di sekolah saya. Saya masuk acara 50m dan 80m untuk budak-budak pra sekolah.

Masa yang lari 50m tu saya dapat nombor 4. Tak dapat pingat lah...tapi masa lari 80m, saya dapat nombor TIGA!!! Yeayy...maknanya saya berjaya dapatkan pingat yang pertama dalam hidup saya. Kira dah boleh la bangga ngan kakak Husna yang dah banyak koleksi pingat dan piala dia.



Video kat atas ni masa perbarisan...smart dan comel tak saya?





Video ni acara 80m...kira ok lah saya lari kan?hehe...

Merasa jugak naik podium....
Read More »

Friday, June 14, 2013

Ultra Asyraf


Saya ni peminat cerita ultraman. Sejak umur saya 3 tahun saya dah mula tengok citer ultraman kat tv.

Dulu masa pergi jalan kat Wang Kelian, abah belikan saya patung ultraman yang besar...seronok sangat masa tu...pas2 tu ada jugak la beli mainan ultraman yg kecik tapi abah tak bagi beli banyak2...

 Skang kat youtube pun saya selalu tengok video ultraman...best la tengok bila dia lawan ngan raksaksa..memang gaya hero la.. Saya selalu berangan nak jadi macam ultraman..selalu sangat saya tiru gaya2 ultraman..kat rumah..kat dalam kereta..kadang2 bila pergi jalan2 pun keluar gaya ultraman saya..sampai kena marah ngan abah ngan ummi...hehe..

Jom la tengok video ....

Read More »

Saturday, May 25, 2013

Kena HFMD...

Salam semua..

Hari Khamis lepas, tiba2 saya demam kat sekolah. Panas je badan saya. Cikgu Raha terus bagitau ummi yang saya demam. Ummi pun bawak saya balik ke rumah dan bagi saya makan ubat demam.

Malam tu abah bawak saya pergi klinik. Doktor cakap saya kena penyakit kaki tangan dan mulut..memang ada nampak bintik2 kecil kat tangan saya. Doktor bagi ubat demam, antibiotik ngan ubat gatal.

Hari ni dah hari Sabtu, demam saya dah kurang cuma bintik-bintik kat tangan ngan kaki masih banyak.



Jom baca tentang penyakit ni..

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.



HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:


  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). 
    • Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Komplikasi

Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga

Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.
Read More »

Sunday, February 17, 2013

Jom Jalan-jalan (KL- Feb 2013)

Assalamualaikum,

Hi! I'm back..penat ni baru balik jalan-jalan kat KL. 3 hari berjalan kat sana..hari pertama Iffah dah citer dalam blog dia. Asyraf nak citer hari kedua kami pergi mana pulak...

Pagi tu pas breakfast kat satu kedai yang ada jual nasi kerabu (favourite kak Husna tu..dia kan lahir kat Terengganu..) kami terus pergi ke Pusat Sains Negara kat Bukit Kiara. Sampai kat sana jam 9.15 pagi. Kiranya kami pelawat terawal la hari tu..hehe..semangat ni..

Bila dah sampai awal tu apa lagi...bergambar dulu lah...

 Dah 3 kali ambil gambar kat sini...

 Tangga nak masuk Pusat Sains

 Good eh!

 Gaya masing-masing..

Pas beli tiket, kami pun masuk dalam. Skang ni ada 2 pilihan kat Pusat Sains ni, nak masuk pameran Star Trek ataupun Sports and Spinach. Memandangkan Asyraf ni penakut sket tempat2 gelap, kami akan masuk pameran Sports and Spinach. Dua2 pameran ni sampai bulan Ogos nanti.

 Iffah mencuba wlp tak sampai..

 Besarnya ikan tuuu...

 Banner pameran Star Trek

 Cermin ni ajaib..kita jadi lebih pendek tau...

 Bayang-banyang 3 warna kak Husna

 Cuba bawak keretapi ni...seronook! suka Iffah...

 Ni kat bilik untuk kanak-kanak

 Posing lagi...ngan ummi plak

Gambar2 kat atas tu kat ruang pameran utama Pusat Sains..pastu kami g naik atas plak masuk bilik pameran Sports and Spinach. Ada banyak jugak games kat situ..sumenya ada kaitan ngan kesihatan dan kecergasan..siap ada trek untuk lari pecut lagi..

 Iffah nak main hula hoop

 Yang ni sapa kayuh paling laju dapat pilih channel tv...

 Abah berangan main gitar..hehe

 Haa...yang ni paling lama kami main..bagi makan kat robot..kalau dia dah kenyang
dia akan bagitau "Saya dah kenyang"..hehe

Sebenarnya banyak lagi games dalam tu..abah je tak banyak ambik gambar. Dia tengah syok buat rekod sapa paling pantas pijak katak...ummi pulak terpaksa dukung Iffah yang tidur..

Kami kat Pusat Sains lama jugak..siap lunch kat situ. Dalam kul 2.30 baru kami gerak. Plannya nak pergi ke Berjaya Times Square naik monorail. Pastu parking kereta kat KL Sentral,naik LRT ke stesen Dang Wangi. Hujan pulak turun lebat sangat. Sampai Dang Wangi kena tukar ke stesen monorail Bukit Nanas. Jauh jugak nak kena jalan..hujan pun lebat..sure basah nyer.

So, kami pun beli tiket LRT balik ke KL Sentral...naik kereta pastu balik hotel. Masing-masing pun kepenatan. Malam tu pas maghrib kami kuar makan ayam tandoori sedap kat Restoran Hj Tapah. 

Pas makan, kami pergi ke Uptown kat Kota Damansara. Jalan-jalan cari mainan pulak lah..hehe..

 Posing dulu sebelum membeli..

 Saya beraksi lepas dapat mainan..

 Ngan kakak kesayangan..wlpun selalu gaduh ngan saya...

 Iffah terus histeria nampak belon ni...terpaksa la beli

Round punya round tengok2 dah 11.30 malam dah...kami pun balik hotel dan ZZzzzz....

Baca sambungan citer kami jalan-jalan kat blog kak Husna pulak tau...
Read More »

Thursday, January 24, 2013

Masa untuk sekolah!

Tahun 2013 ni saya dah 5 tahun. Maknanya..saya dah boleh sekolah!yea!..best nyer sekolah...hee..best ke? nangis tak saya kat sekolah nanti? alaa..biasa lah kan, budak2 baru nak sekolah mesti la nangis sikit2...hehe..

Saya masuk pra kat sekolah ummi..SK Seri Maju Jaya. Kenapa kat sekolah ummi bukan sekolah abah? Haa..saya kan anak lelaki..mestilah kena jaga ummi. :-) lagipun saya manja lebih ngan abah..kang abah tak bleh wat kerja la pulak nak melayan saya..

 Pagi nak pergi sekolah..dengan semangatnya saya bangun pagi pukul 5.45 pagi..saya mandi dulu dari kak Husna (tapi abah yang mandikan..hee..) kat belakang tu kawasan pembinaan...lum siap g..

 Ngan kakak yang nak ke sekolah jugak dan adik kesayangan merangkap geng saya masa dok umah pengasuh..Iffah Nadhrah yang excited jugak nak ke sekolah...

 Special saya n Iffah..sian pulak nanti dia xde kawan kat umah pengasuh..

Ni selepas seminggu sekolah..baru dapat uniform..kat rumah nampak ceria je saya ni.sampai kat sekolah mula la saya menangis...hehe..alaa..biasa la tu budak baru masuk sekolah kan...

Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers