Saturday, January 28, 2017

Pergi tonton bola di Stadium Larkin

Hari ni buat pertama kalinya saya pergi ke Stadium Larkin untuk tonton perlawanan bola sepak antara JDT vs Felda United. Sebenarnya dah lama mengidam nak pergi ke stadium tapi sebelum ni macam susah sebab stadium jauh di JB, nak pergi beli tiket lagi dan dengan orang ramai yang beratur..hmm..kali ni mudah sikit sebab dah boleh beli tiket secara online. Jadi, 3 hari sebelum game abah dah siap beli 2 tiket online. Petang tadi kami bertolak dari rumah jam 5.30 petang dan sampai di stadium dekat jam 7 malam. Sampai2 kebetulan bas yang bawa pemain JDT pun sampai. Sempat la tengok beberapa pemain turun dari bas. Tu pun tengok dari jauh je. Dengan nak tebus tiket lagi di kaunter, last2 dah azan maghrib baru dapat tiket. Sebelum masuk stadium, saya ngan abah beli makanan sikit then baru kami masuk stadium dan terus ke surau untuk solat maghrib.
Lepas solat, kami stay dalam surau tunggu waktu isyak terus. Saya perhatikan suraunya macam tak ramai orang yang datang bersolat berbanding ramainya orang masa nak masuk stadium tadi. Agaknya diaorang dah solat siap2 kot di rumah. Masa rakaat keempat solat isyak dah terdengar bunyi gendang dari atas surau. Kuat pulak tu..imam baca doa pun saya tak dengar sangat. Elok juga kalau pengurusan stadium sediakan p.a. system dalam surau tu.
Then, kami naik atas tempat duduk penonton. Fulamak ramainya manusia! Saya dan abah dah tak dapat tempat duduk. Kami terpaksa lah berdiri je tengok bola.
Suasana dalam stadium memang gamat dengan sorakan penonton dan nyanyian kumpulan boys of straits yang berlagu sepanjang game. Agaknya diaorang nak naikkan semangat pemain. Memang pengalaman baharu la bagi saya malam ni. Berdebar juga bila Felda dapat score dulu. At last masa second half baru la JDT dapat lead 3-1.
Abah ajak saya keluar awal 15 minit sebelum game habis. Katanya takut nanti bersesak2 pula dengan orang ramai. Apapun saya puas hati dengan pengalaman malam ni. Saya cakap ngan abah lain kali saya nak pergi lagi tapi abah cakap lepas ni turn kakak husna ngan iffah pula la yang pergi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers