Saturday, April 10, 2010

Hari saya lahir ke dunia


Salam semua..

Saya mulakan entri pertama blog saya dengan cerita hari pertama saya melihat dunia Allah yang amat indah ini. Saya dilahirkan pada hari Isnin, 3 November 2008, seminggu lebih awal dari tarikh jangkaan doktor. Ummi saya cerita...malam sebelum tu ummi dah rasa macam nak bersalin sebab dah keluar tanda tapi ummi tak pergi hospital lagi sebab masa kakak sulung saya, dia lahir tepat2 tarikh yang doktor jangkakan mengikut mesin ultra sound.

Pada hari 3 hb tu ummi pun pergi sekolah macam biasa.. (Ummi saya ni ustazah kat sekolah). Petang lepas balik dari sekolah, abah saya bawa ummi pergi je Klinik Kesihatan Simpang Renggam macam biasa ikut appointment doktor. Pas doktor check ummi, doktor cakap ummi dah nak bersalin dah ni. Dia suruh cepat-cepat pergi hospital. Abah terus bawa ummi balik rumah sekejap, ambil barang2 yang perlu dan terus pecut pergi hospital Batu Pahat. Masa tu saya dalam perut ummi pun rasa lajunya abah bawak kereta! Abah cakap kena laju2 takut nanti terberanak dalam kereta. Abah tak boleh tengok darah banyak2..nanti dia pitam.

Sampai je kat hospital..atuk Aisyah ngan buyut dah tunggu. Masa tu jam 5.15 petang. Abah terus uruskan ummi masuk dalam wad bersalin. Tup tap..tup tap..saya pun selamat dilahirkan tepat jam 5.55 petang. Alhamdulillah! saya dan ummi selamat...terima kasih Allah..masa tu abah tak sempat nak tengok ummi lahirkan saya sebab abah ada kat bawah uruskan kemasukan ummi ke wad.



Malam pertama saya dalam wad..sejuknya wad tu! dalam bilik tu ada dua katil tapi satu katil lagi kosong. Malam tu abah temankan ummi dan saya tidur. Saya tidur lena sangat..pukul 2 pagi ada nurse datang tengok. Dia cakap ngan abah tak boleh tidur dalam wad. Abah pun terpaksa keluar. Abah cakap dia tidur dalam kereta. Pagi2 pukul 5, abah balik rumah atuk Aisyah nak tanam uri saya.

Esoknya..tengahari baru ummi dan saya boleh keluar wad..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers