Tuesday, December 13, 2016

Jalan-jalan KL Dec 2016 (Day 2)

Malam tadi dah penat berjalan, hari ni nak sambung semula. Kami keluar jam 8 pagi dan pergi breakfast dulu di satu kedai makan Kelantan di Batu Caves. Ramainya orang sampai kami kena tunggu nak dapat meja kosong. Banyak juga la masakan Kelantan kat situ macam nasi dagang, nasi kerabu dan laksam. Saya, macam biasa makan roti canai je.

Lepas tu kami pergi ke KL Tower. Bukan nak naik tower tu tapi nak pergi rumah terbalik yang ada kat situ. Dari luar tempat tu nampak cantik dengan ada kereta terbalik lagi. Bila masuk dalam, alamak! Rupanya kecil je dalam tu dengan ada 5 bahagian je. Tahun lepas, kami dah pergi rumah terbalik kat Penang yang sebenarnya rumah kedai je tapi ada banyak ruang untuk bergambar. Siap ada orang tolong ambilkan gambar lagi kat setiap ruang. Masa tu pun kami tak sempat naik ke tingkat atas sebab ramai orang. Tapi, kalau nak bandingkan dengan yg kat KL ni, kami lagi puas hati yang kat Penang. Bayaran masuk pun lagi murah.

Lepas jalan-jalan sekitar KL Tower tu, kami pergi ke Central Market pula untuk lunch. Ramainya orang asing kat sana! Dengan yang menjual kat kedai pun orang asing! Dah la malam semalam masa makan kat putrajaya pun warga asing yang jaga kedai. Lepas makan, jalan-jalan tengok kedai kat CM tu lepas tu kami bergerak nak pergi ke KL Bird Park pula.

Sampai je kat area Tasik Perdana tu, hujan turun dengan lebatnya. Kami singgah dulu solat kat Masjid Polis Bukit Aman. Unik la kipas kat masjid ni.

Lepas solat hujan masih lebat. Abah cakap macamana nak tengok burung kalau hujan je. Akhirnya, kami pergi ke Muzium Diraja la, tempat yang dalam bangunan. Sampai di Muzium tu hujan dah berhenti. Muzium ni rupanya istana lama yang Agong duduk dulu. Best la istana dengan bilik yang cantik-cantik.

Lepas tu kami ngeteh mee tarik kat area Ong Tai Kim, hujan pun dah berhenti. Nak pergi ke Bird Park tak berbaloi dah sebab dah petang. Kami pun pergi la ke Tasik Titiwangsa main kat playground yang besar kat sana. Best lah tempat tu.

Dah 6.30 petang tu kami pun gerak balik ke hotel. Ingat nak keluar pergi uptown pula malam nanti. Nak dijadikan cerita, dengan jalan jammed, dekat jam 8 baru sampai hotel. Oleh kerana masing-masing dah penat, kami mandi-mandi, solat pastu makan kat kedai yang dekat ngan hotel tu je.

Lepas tu, tidur la keletihan. Esok nak jalan lagi...yeay! Sambung kat blog Iffah Nadhrah pula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers