Showing posts with label 7 years old. Show all posts
Showing posts with label 7 years old. Show all posts

Saturday, November 14, 2015

Family Day | Pakaian Beragam

Masa family day sekolah abah, malam tu ada pertandingan pakaian beragam. Sepatutnya, saya ngan Iffah  masuk pertandingan tu tapi malam tu Iffah buat hal tak nak masuk. Agaknya dia dah ngantuk petangnya penat mandi dalam kolam renang. Masa petang lepas mandi tu, abah dah suruh kitaorang tidur dulu tapi biasalah bila excited duduk dalam bilik Tanjung Leman Felda Residence tu, mananya nak tidur.

Peserta yang bertanding. Iffah sempat daftar nama ngan ambil gambar ni je. Lepas tu, bila nama dia kena panggil untuk buat gaya depan orang, dia tak nak pergi dah.


Nak tengok gaya saya?


Akhirnya, bila keputusan diumumkan, saya jadi johan rupanya!
Dapat Hello Kitty lagi...hehe


Read More »

Tuesday, November 10, 2015

Keputusan Final Exam Darjah 1 Sekolah Pagi

Alhamdulillah, dua minggu dah saya habis periksa akhir tahun untuk darjah 3. Sekarang, cikgu-cikgu dah pulangkan semua kertas jawapan murid-murid. Markah saya kalau nak dibandingkan dengan Ujian Setara 2 ada yang naik dan ada yang turun.

Keputusan keseluruhan? ni dia.




Alhamdulillah, syukur dengan keputusan ni. Insya Allah saya akan cuba belajar dengan lebih tekun terutamanya mata pelajaran yang saya masih lemah. 
Read More »

Thursday, November 5, 2015

Masuk Pertandingan Bakat Muda

Hari ini sekolah saya mengadakan program sambutan Hari Kanak-kanak. Salah satu acaranya ialah Pertandingan Bakat Muda. Murid-murid boleh masuk pertandingan ni. Cikgu cakap kalau nak menyanyi ke, nak bernasyid ke, nak buat pertunjukan fesyen ke pun boleh. Tak kisah la nak buat persembahan apa.

Mula-mula masa cikgu beritahu dalam perhimpunan, saya takde terfikir pun nak masuk. Lepas tu masa kat rumah, bila abah tanya "Asyraf nak masuk tak?",,baru la saya rasa nak masuk. Hari tu masa Sambutan Kemerdekaan, saya dah masuk pertandingan pakaian beragam.

Abah tanya saya nak buat persembahan apa. Dulu masa pra sekolah, cikgu Milah ada rakam saya tiru dialog cerita Upin Ipin yang tajuknya kenangan mengusik jiwa. Ummi suruh saya buat persembahan macam tu je. Saya pun tgk balik rakaman tu dalam handphone ummi dan cuba hafal balik dialognya. Banyak yang dah lupa. Heheh..

Tadi, masa nak mula pertandingan tu baru abah bagitahu cikgu yang saya nak masuk jugak. Rupa-rupanya saya sorang je murid Tahap 1. Perserta yang lain, murid Darjah 4,5 dan 6.

Giliran saya yang akhir sebab baru daftar. Masa peserta lain buat persembahan, murid-murid yang menonton dah bersorak-sorak dah. Alamak! takut ke saya?

Tengah tunggu giliran sambil tengok reaksi penonton. Cuak jugak eh.

Akhirnya, giliran saya pulak. Jom tengok.


Menang ke tak menang ni? Tadi sebab masa dah tak sempat, cikgu tak umumkan lagi keputusan. Tapi, abah ngan ummi cakap, menang ke tak menang tu tak penting. Yang penting, saya berani naik atas pentas buat persembahan. 

Read More »

Thursday, September 17, 2015

Masuk Pertandingan Pakaian Beragam

Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, sekolah saya menganjurkan Pertandingan Pakaian Beragam untuk murid-murid. Temanya ialah pekerjaan. Mula-mula Cikgu Mastiah pilih Taqib tapi dia tak nak masuk. Dia malu nak naik atas pentas. Akhirnya, cikgu pilih saya untuk wakil kelas saya. Cikgu suruh saya bergaya macam imam muda.

Ni masa tunggu giliran nak naik pentas.Saya kena giliran pertama.

Jom tengok video




Ni gambar ramai-ramai lepas pertandingan.

Read More »

Friday, July 3, 2015

Ujian Saringan Tahun 1

Lepas selesai daftar Tahun 1 di sekolah, saya dan murid-murid Tahun 1 kena ambil Ujian Saringan Literasi. Tujuannya untuk tetapkan kami akan masuk kelas Delima, Nilam atau Permata.

Akhirnya, inilah hasil yang saya dapat...

Read More »

Thursday, July 2, 2015

Jom solat

Tahun ni saya dah mula pandai solat penuh. Selalunya saya solat dengan abah. Kadang-kadang solat dengan kakak Husna atau adik Iffah.
Gambar yg saya pakai kain pelikat ni diambil di rumah atuk Aisyah. Masa tu saya pakai seluar paras bawah lutut dah tapi atuk suruh pakai kain.
Cari punya cari dapat la kain pelikat tu. Tak tahu la siapa punya sama ada pak long, abah, pak uda ataupun pak usu masa diaorang kecik. Tapi rasanya pak usu punya la kot.
Read More »

Thursday, January 15, 2015

Awal persekolahan darjah 1

Sekarang saya dah darjah 1. Saya bersekolah di SK Dato Ibrahim Majid, sekolah tempat abah saya mengajar. Masa pra dulu saya belajar di pra sekolah ummi.

Kak long Husna pun sekolah sama dengan saya. Mujur jugak ada kakak. Boleh la tolong jaga saya.
Waktu rehat pun kakak yang tolong belikan makanan untuk saya. Saya manalah tahu nak beli sendiri. Terima kasih ya kakak.

Read More »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers