Hari ni saya berumur 1 tahun 8 bulan 3 hari. Hari ni saya demam. Masuk hari ni dah 2 hari hari saya demam. Abah saya cuti hari ni sebab nak jaga saya. Abah cakap dia kesian tengok saya pagi-pagi merengek.
Pukul 9.30 pagi tadi abah bawa saya pergi jumpa doktor kat Klinik Lee. Saya tenang je bila doktor check saya. Doktor pun puji saya. Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa doktor letak alat yang sambung kat telinga dia tu kat dada saya.
Petang pulak ummi suggest kat abah supaya bawa saya pergi berurut. Kawan ummi cakap kadang-kadang budak-budak ni demam urat. Eh? ada ke jenis demam macam tu?
Masa sampai kat rumah nenek yang urut tu, saya dah mula takut sebab saya tak kenal pun nenek tu. Lama sikit baru la saya berani. Nenek tu suruh abah tanggalkan baju saya. Mula-mula abah tanggalkan baju dan seluar. Pastu nenek tu cakap suruh *****kan saya. Alamak! malu la saya!
Masa kena urut mula-mula saya tak nangis. Tapi bila lama sangat nenek tu urut, saya pun jadi boring..saya pun nangis kuat-kuat..last-last saya kencingkan kat kain nenek tu..hehe..
No comments:
Post a Comment